Assalamualaikum people !
Ayat dalam gambar dekat atas mempunya maksud yang sangat mendalam dan bermakna. Allah mencipta manusia dengan perasaan yang pelbagai. Kita yang telah diberi nikmat akal oleh Allah sepatutnya bertanggung jawab kawal perasaan perasaan tersebut. Kebanyakan perkara perkara negatif yang selalu berlaku pada masa sekarang ni semua disebabkan oleh manusia yang tak dapat kawal diri,perasaan dan hati mereka sampai dah tak boleh bezakan mana baik buruk. Today I think I'm going to talk about Envious and Jealousy. And yes both of them are same. And source of this info are from here
Perasaan cemburu memang perasaan yang memang selalu ada dan kena dekat diri ni. Kebiasaanya dari segi pelajaran, kemahiran, percintaan dan lain lain lagi. Cemburu lah menyebabkan segala pemutusan silaturrahim, peperangan, pertekakan, pembunuhan, pembencian apa bagai semua. Kerana sifat hasad dengki tu sendiri. Kalau kita sendiri takmau kontrol rasa cemburu ni, biar dia hantui jiwa kita memang sampai bila bila hati kita akan gelap. Dalam bahasa melayu untuk kata dia atas :
Berasa cemburu atau iri hati terhadap yang lain hanya akan mereputkan hati tetapi memintalah kepada Allah untuk menurunkan kurniannNya dengan banyak terhadap yang lain dan hati kamu akan berbunga.
Maksudnya, daripada kita cemburu dengan orang sampai boleh merosakkan hati kita baik kita berdoa kepada Allah supaya berikan kurnianNya dekat orang yang dapat kebaikan tu. Kalau cemburu kerana sayang lain pula ceritanya. Misalnya di kalangan suami isteri.
All of us know perasaan cemburu tu kerana sayang dan menjadi bumbu dalam hubungan kasih sayang. Ia jadi merbahaya sebab cemburu yang melampau. Kalau sifat cemburu tu takda pun ada kekurangannya dalam hubungan SUAMI ISTER dan KEKELUARGAAN.Cemburu ni menunjukkan sikap ingin mempertahankan sesuatu seutuhnya dan dijaga dengan penuh pengawasan. Kalau lah sifat cemburu tu takda tiada siapa yang akan ambil peduli dan takda siapa akan berasa bertanggungjawab untuk membaiki keadaan.
Bayangkan kalau pasangan suami isteri tanpa perasaan cemburu. Apa akan jadi dengan rumah tangganya? Adakah bahagia atau lebih porak peranda ? Takkan isteri dia nak buat dek je kalau suami dia jalan jalan keluar dengan perempuan lain ? Takkan suami buat donno je kalau ada lelaki asyik call isteri dia tiap malam ? Perasaan cemburu ini juga membuatkan seseorang lebih prihatin dalam sesuatu hubungan. Ini dapat mengeratkan lagi perasaan kasih sayang.Suami dan isteri memang sepatutnya cemburu antara satu sama lain.
Firman Allah Taala:
"Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh Para Malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" - At Tahrim:6, Al Quranul Karim
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)" - At Taubah:24, Al Quranul Karim
Sabda Rasulullah:
Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Adapun sifat cemburu yang disukai Allah adalah kecemburuan pada hal-hal yang pasti, sedangkan yang dibenci olehNya adalah kecemburuan pada hal-hal yang tidak pasti (memiliki keraguan dan syak wasangka)" - Sunan An Nasa'ie (2558), Sunan Abi Daud (2659)
Akhir kata,sifat cemburu mestilah dipandu dengan asas IMAN dan AKAL , BUKAN EMOSI. Sikap cemburu berasas tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas itu adalah tanda penyakit hati.
Source
Ada juga cerita zaman Rasulullah mengenai perasaan cemburu. Sumber dipetik dari SINI Full awesome credit to them.
Ketika salah seorang isteri Rasulullah S.A.W bernama Mariah Al Qibtiyyah mengandung, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahi Mariah. Pada suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabat lelaki tersebut bersamanya. Rasulullah merasa cemburu sehingga terlihat warna kemarahan diwajahnya. Umar Al Khattab merasai perubahan sikap Rasulullah S.A.W itu, lantas Umar bertanya tentang keadaan Baginda S.A.W. Lalu Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah yang kerap datang ke rumahnya.Apabila mendengar keresahan Rasulullah S.A.W, Umar lantas menghunus pedang mencari lelaki itu, lantas lelaki dicarinya segera menuturkan bahawa dirinya telah dikembiri oleh raja. Umar tidak jadi mengancamnya dan terus menemui Rasulullah menceritakan hal sebenar. Rasulullah berkata kepada Umar, "Jibril telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya dari tuduhan yang terlintas pada diriku. Allah juga memberikanku khabar gembira bahawa aku bakal menimang cahaya mata lelaki, dan Allah memerintahkan kepadaku agar anak itu diberikan nama Ibrahim". [ rujuk Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Muttaqin, Ibnu Qayyim Jauziyyah, hal.296 ]
Sifat cemburu tidak terkecuali turut dimiliki oleh Umar Al Khattab, Sahabat RasuliLlah S.A.W yang terkenal dengan sifat tegas dan garang. Abdullah bin Umar R.A menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Atikah binti Zaid, salah seorang isteri Umar Al Khattab, "Mengapa bonda tetap keluar solat Subuh dan Isya' ke masjid? Sedangkan bonda tahu bahawa ayah (Umar) tidak suka dan cemburu dengan perbuatan bonda?"Lalu Atikah berkata, "Jika demikian, mengapa Umar tidak pernah menghambat dan melarangku?".Abdullah bin Umar menjawab, "Ayah tidak melakukan demikian kerana Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya jangan menghalang kaum wanita ke masjid". Dalam riwayat lain, Atikah berkata kepada Umar Al Khattab, "Demi Allah, dinda tidak akan berhenti pergi ke masjid sehinggalah kanda melarangku berbuat demikian" [ rujuk Fathul Bari syarah Sahih Bukhari, 3/34 ].Diriwayatkan juga, Atikah mula berhenti pergi ke masjid setelah diganggu seorang lelaki di dalam perjalanannya
Note to self : Cemburu MAKWE PAKWE lain dengan cemburu SUAMI ISTERI kayy :)
